Isnin, 28 November 2016

gearbox

Gearbox? Kalau tanya para wanita pasti ada yang ternganga mulut. Bukan tak nak ambil tahu bab kereta. Tapi, ia sangat rumit dan bukan mudah untuk dikenalpasti. Sudahnya, boleh pandu dan isi minyak sajalah jawabnya. 

Ramai yang berpendapat, jika kerosakan kereta yang melibatkan gearbox memang akan berhabis duit. Sekiranya gear sudah tak terkawal dan bertukar dengan sendiri itu tandanya gearbox anda bermasalah besar!  Bukan untuk kereta auto sahaja, perkara ini juga terjadi pada kereta manual. Buat pengguna kenderaan, sila ambil perhatian.

Untuk langkah keselamatan, kereta haruslah diselenggara dengan baik. Jangan ambil mudah, pandai guna, pandai jaga. Nak tahu bagaimana tanda-tanda awal gearbox kereta anda bermasalah? Baca info berikut terutama bagi sesiapa yang bawa kereta auto :

1. Gear susah masuk (biasanya untuk gear manual)

2. Pada awal transmisi untuk auto terdapat sentakan yang agak kuat (contoh dari N ke D atau dari P ke D)

3.  Terdapat ‘freeplay’ (ruang pertukaran gear) yang agak lama sama ada dari 1 ke 2, 2 ke 3 dan 3 ke 4

4. Kereta berbunyi kuat setiap kali pertukaran gear auto berlaku

5. RPM yang jadi tinggi tidak kembali asal setelah gear auto bertukar

6. Berbunyi hentakan seperti ‘DUK’ setiap kali gear auto bertukar

7. Gear yang bertukar pada keadaan N atau D pada panel meter

Kesemua tanda ini merupakan tanda-tanda awal, sekiranya anda biarkan dan tidak ambil tindakan, kerosakan akan lebih teruk dan kos untuk membaiki sangat tinggi. Nak tahu cara nak baiki dengan senang dan kos yang rendah?

Bersihkan ruang auto filter dan tukar auto filter :

1. Tukar minyak auto

2. Tukar mounting gearbox

3. Tukar pin pada panel gear

4. Tukar kedua-dua oil seal gearbox

Untuk pengguna kereta manual, anda hanya perlu tukar minyak gear, mounting dan kabel gear. Sekarang dah tahu, cepat cek gearbox anda sebelum terlambat!

Selasa, 22 November 2016

tayar kereta

Posted: 21 Nov 2016 12:43 AM PST

Adakah anda sebagai pengguna lebuhraya PLUS tahu tentang hal ini? 

Setiap Tiket/Kad Tol Lebuhraya yang kita gunakan di negara kita dilindungi Insurans

Sebagai contoh : 

Ketika kita memandu dilebuhraya, berlaku kebocoran tayar atau kerosakan berpunca daripada terlanggar objek dilebuhraya berkenaan (paku, besi dll)...

kita boleh membuat tuntutan kepada Syarikat lebuhraya berkenaan. 

Bagaimana caranya : 


1. Ambil gambar kerosakan/tayar (tayar belum dibuka dari kenderaan dan objek(punca kerosakan). 

2. Kemudian ambil gambar tanda kilometer laluan berkenaan yang terdapat di penghadang jalan/papan tanda. 

3. Selepas itu barulah tukar tayar yang rosak kepada tayar gantian (spare tyre). Setelah itu...pergi ke kedai dan tukar tayar. 

4. Jangan lupa resit dari kedai tayar berkenaan. 

5. Bawa resit bukti pembayaran tol, gambar-gambar berkaitan serta objek (punca kerosakan) dan resit ke pejabat urusan lebuhraya berkenaan untuk tuntutan gantirugi mengikut nilai di dalam resit (claim)

Jumaat, 21 Oktober 2016

Kereta Jimat Minyak

Anda bercadang untuk membeli kereta? Berminat nak tahu kereta mana yang paling menjimatkan minyak? Baiklah, saya bagitau kepada anda di bawah ini. Ranking kereta paling jimat minyak ni ditentukan berdasarkan Fuel Efficiency Awards 2009 yang diadakan pada Bulan November tahun lepas.
Maklumat ini sangat penting untuk anda untuk menentukan kenderaan mana yang paling sesuai untuk anda supaya dapat menjimatkan kos untuk minyak kereta bulanan. Antaranya adalah kereta saya persona,nampaknya pilihan saya tepat..hehe..zass jom kita lihat siapa yang kena...
Kategori: Compact City Cars
Hyundai i10 5.0 (litre/100km)
Proton Savvy 5.7 (litre/100km)
Kia Picanto 5.8 (litre/100km)
Kategori: Compact Premium Cars
Mini Cooper 5.8 (litre/100km)
Honda Jazz 6.4 (litre/100km)
Alfa Mito 6.5 (litre/100km)
Kategori: Small Family Cars
Toyota Vios ‘J’ 6.1 (litre/100km)
Proton Persona 6.75 (litre/100km) - Kereta Saya huhuhuhu
Honda City 6.8 (litre/100km)
Kategori: Luxury Family Cars
Nissan Slyphy 7.8 (litre/100km)
Hyundai Elantra 7.9 (litre/100km)
Peugeot 407 8.1 (litre/100km)
Kategori: Premium Family Cars
Mercedes Benz B180 7.2 (litre/100km)
Volvo S40 7.9 (litre/100km)
Toyota Camry 8.8 (litre/100km)
Kategori: Executive Cars
BMW 320i 6.1 (litre/100km)
Audi A4 7.4 (litre/100km)
Mercedes C-Class 200K 8.0 (litre/100km)
Kategori: Premium Executive Cars
Citroen C5 8.9 (litre/100km)
BMW 525i 9.4 (litre/100km)
Mercedes E-Class E200K 9.6 (litre/100km)
Kategori: Super Saloons
Audi A8 9.9 (litre/100km)
Mercedes Benz S-Class S350 10.0 (litre/100km)
Lexus LS460 11.1 (litre/100km)
Kategori: Super Sport Cars
Lotus Exige 9.1 (litre/100km)
Porsche 911 PDK 10.3 (litre/100km)
Nissan 370Z 10.5 (litre/100km)
Kategori: Super Sport Convertibles
Mercedes Benz SLK 200K 8.1 (litre/100km)
Volkswagen EOS TFSi 8.2 (litre/100km)
Porsche Boxster 9.4 (litre/100km)
Kategori: Performance Cars
Peugeot 308 GT 6.8 (litre/100km)
Mini Cooper S JCW 6.9 (litre/100km)
VW Scirocco TFSi 7.6 (litre/100km)
Kategori: Pickup Trucks
Isuzu D-Max Hi-DEF Diesel 7.6 (litre/100km)
Ssangyong Actyon Sports Diesel 8.0 (litre/100km)
Nissan Navara Diesel 8.2 (litre/100km)
Kategori: Compact MPV’s
Renault Kangoo 1.5 5.5 (litre/100km)
Honda Stream 1.8 6.7 (litre/100km)
Nissan Grand Livina 7.6 (litre/100km)
Kategori: Luxury MPV’s
Mazda5 8.2 (litre/100km)
Hyundai Starex Diesel 9.6 (litre/100km)
Ssangyong Stavic Diesel 9.7 (litre/100km)
Kategori: Compact SUV’s
Ssangyong Actyon Sports Diesel 8.0 (litre/100km)
Honda CRV 8.2 (litre/100km)
Audi Q5 TFSi 8.4 (litre/100km)
Kategori: Luxury SUV’s
Volvo XC90 D5 Diesel 8.5 (litre/100km)
BMW X5 3.0 Diesel 8.7 (litre/100km)
Audi Q7 3.0 Diesel 9.9 (litre/100km)
Kategori: Hybrids
Toyota Prius HYBRID 3.9 (litre/100km)
Honda Civic Hybrid HYBRID 4.6 (litre/100km)

Khamis, 20 Oktober 2016

Radiotor

Penyakit Radiator
“Radiator tersumbat?? Over temperature??? Betul ke tersumbat??? Bila tegok air tak jalan pun, enjin hidup tapi air dalam radiator tak gerak pun”
Ini ayat yg biasa kita dengar dari pengguna kereta..
1. Air kurang, sebab air kurang mungkin radiator mengalami kebocoran.
2. Kipas tidak berfungsi dengan baik, mungkin karbon motor sudah haus sebab itu kipas tidak dapat berfungsi lagi, mungkin juga fius yang mengawal kipas untuk automatik ada masalah.
3. Radiator sumbat, radiator mempunyai tiup-tiup kecil untuk air dapat melaluinya, jika tiup-tiup tersebut tersumbat air tidak dapat berjalan dengan lancar, jadi hantarlah kenderaan anda untuk pemeriksaan lanjut.
4. Air tidak dapat berjalan dengan lancar, ia boleh terjadi puncanya adalah mengalami karat pada thermostat. Macam mana nak tahu? Sila pegang hose pipe atas dan hose pipe bawah, jika hose pipe atas panas dan hose pipe bawah sejuk, kemungkinan thermostat jem dan harus diktukar.
5. Penutup radiator atau cap, jika rosak, cabut paip kecil yang bersambung ke tangki simpanan, tekan pedal minyak. Jika air banyak keluar dari paip kecil tersebut maka SAH penutup atau cap radiator rosak, wajib tukar.
Jika air tetap keluar, mungkin radiator sumbat, hantarlah kenderaan ke bengkel untuk pemeriksaan.
6. Check water pump masa start pagi-pagi tu, bukak cap radiator itu, kalau memang nampak air dalam radiator tak gerak langsung atau terpancut air keluar.. Maknanya ada kemungkinan water pump rosak
Sebagai langkah awal kita perlu periksa jumlah air radiator dalam tangki setiap minggu atau kalau boleh kerap kali. Jumlah air radiator harus berada pada aras min dan max, tambahkan jika kurang. Buka tutup radiator dan periksa jumlah air radiator harus penuh, tambahkan jika kurang, sekali gus kita dapat mengesan kerosakan yang berlaku dan mencegahnya lebih awal
Kalau berlaku tanda-tanda kerosakan atau kebocoran cepat-cepatlah cari mekanik yang boleh baiki kerosakan tersebut.


Apa pun sebagai langkah yang lebih terjamin sila hantar ke bengkel dan selalunya makanik akan cek, water pump, host paip, dan top tank.

Jumaat, 14 Oktober 2016

Cermin Kereta Retak

Cermin Kereta Retak? Jangan PANIK,Jangan Tukar Baru, Ikut Tip Mudah Ini Yang Pasti Membuatkan Anda Tersenyum ...



Apabila cermin hadapan kereta retak pasti ia secara tidak langsung mengganggu pandangan anda semasa pemanduan. Bukan itu sahaja, kadang-kadang risau juga jika cermin yang retak boleh pecah serta merta.

Jika terjadi hal sebegini, ramai yang ambil keputusan untuk menukarnya di bengkel, bimbang perkara yang tidak diingini berlaku.

Tetapi tak ramai yang tahu ada cara yang tidak memerlukan anda mengeluarkan belanja yang tinggi untuk menukar cermin baru atau perlu 'claim' insurans untuk cermin yang retak itu.


Ikuti sahaja langkah yang telah disediakan oleh video tersebut. Mudah kan? Retakan boleh hilang selepas dua jam. Bahan-bahan yang diperlukan juga anda hanya boleh dapatkan di kedai 'hardware' saja

Jumaat, 23 September 2016

Gear ( A)

Jangan Tukar 'P' Di Lampu Isyarat, Ramai Yang Selalu Tersilap Guna Gear Auto

Sep 22, 2016

Screen-Shot-2016-09-22-at-5-10-38-PM.png
Oleh Razzlyn Rosli Sumber  1 Malaysia.
Tukar gear auto dengan cara salah boleh menyebabkan gearbox anda rosak dan kos memperbaiki gearbox kereta sangat mahal.  Untuk mengelakkan kesalahan yang dilakukan hampir setiap hari ini. Kami kongsikan cara nak guna kereta auto dengan betul.
JANGAN TUKAR GEAR "P" DI TRAFFIC LIGHT
Kekadang pernah perasan kereta depan masuk gear P bila berhenti kat trafic light. Senang untuk teka, sebab lampu reverse akan nyala sekejap.
Bayangkan kalau pemandu terkejut sebab lampu trafic light dah hijau lama & kereta belakang dah hon2 je. Tertekan pedal minyak dulu baru masuk gear. Jawabnya, gear anda boleh rosak atau cepat rosak.
Kaedah yang betul semasa berhenti di traffic light:
1. tekan brek kaki
2. masuk gear N (tanpa tekan tombol pada gear. tolak ajer)
3. Tarik hand brek
4. lepas brek kaki
Bila nak jalan balik:
1. tekan brek
2. masuk gear D (tanpa tekan tombol pada gear. tarik ajer)
3. lepas hand brek.
4. lepas brek kaki
5. tekan minyak
PENGGUNAAN TOMBOL/BUTANG PADA GEAR
1. tekan tombol semasa menukar
P > R ,
R > P
R > N
N > R
D > L/D2
L/D2 > D
2. jangan sesekali tekan antara
N > D
D > N
D > D3
D3 > D
KENAPA?
Ini adalah untuk mengelakkan daripada anda terlajak tolak gear.
Jika terlajak, gearbox anda boleh rosak.
Contohnya. dari gear D, anda ingin tolak ke N. Sekiranya tak
tekan tombol gear, anda tak dapat tolak lebih kerana ia tersekat
di N. Tetapi jika anda tekan tombol, anda boleh menolak gear
terus ke R.
Contohnya, semasa ingin berhenti kereta, anda ingin menolak ke
gear N dari gear D. Oleh kerana anda menekan tombol gear,
kemungkinan tertolak ke gear R adalah tinggi. Jika kereta belum
berhenti sepenuhnya, gearbox boleh rosak. akibat pertukaran
mengejut dari D terus ke R secara tidak sengaja akibat tertekan
tombol gear.
p/s : Tombol gear ini hanya terdapat pada kereta auto yang
kekotak gearnya lurus (seperti dalam gambar). Kalau yang
lekok-lekok tu, takde tombol. Selamat
Berikut adalah susunan gear untuk gearbox auto:
P - parking, digunakan untuk anda memberhentikan kereta anda.
gear akan disekat.jadi kereta anda takkan bergerak walaupun
handbrake tak ditarik.
R - reverse, untuk mengundur kereta anda
N - neutral, jika dalam posisi menunggu traffic light atau traffic
jem, alihkan ke gear neutral. bukan parking! jika anda perasan,
gear D ke N tidak perlu menekan kekunci pada tombol gear.
D - drive, penukaran secara auto gear 1,2,3,4 dan seterusnya
butang overdrive - gear akan menyekat untuk masuk ke gear 4.
gear yang akan digunakan cuma 1,2 dan 3 shj
3 - setengah kenderaan tidak mempunyai overdrive tetapi
mempunyai susunan gear 3 untuk menurunkan gear dari 4 ke 3
2 - ini akan menyekat sistem gearbox anda ke gear 2 dan tidak
akan masuk ke gear seterusnya. tetapi akan jatuh ke gear 1 jika perlu
L - Low gear, gear pertama
*Layan THR Gegar menerusi dengargegar.thr.fm

Selasa, 13 September 2016

gegar

Ketahui 5 Sebab Mengapa Kereta Anda Bergegar




Ramai di antara pengguna kenderaan, terutamanya kereta sering kali berhadapan dengan permasalahan di mana kereta bergegar setiap kali menghidupkan kereta, mahu pun apabila di atas jalan. Namun begitu, kita juga selalu ambil lewa akan hal ini, lebih-lebih lagi bagi mereka yang kurang mahir tentang masalah teknikal ini.

Menghantar ke tempat servis kereta adalah jalan utama yang dipilih, tapi, janganlah sampai anda sendiri tidak tahu apa permasalahan yang menyebabkan kereta anda bergegar. Takut nanti, terlebih belanja pula untuk membayar kos servis kereta anda.

Menerusi page PanduLaju ,admin ingin kongsikan bagaimana anda boleh membuat diagnosis awal pada kereta anda, dan tips ini mungkin akan menjimatkan wang dan masa anda.
________________________________________________________________________________

PanduLaju kali ini berkongsi lima sebab utama yang menyebabkan kereta anda bergegar dan anda tidak perlu menjadi pakar untuk melakukannya. Namun, ia bukanlah satu-satunya punca utama yang menyebabkan gegaran ke atas kereta anda. Jika masih ragu-ragu, idea terbaik masih lagi di tangan mekanik automotif profesional.

Tip diberikan ini mampu membantu anda melakukan diagnosis awal yang mungkin menjimatkan wang dan masa. Teruskan membaca!

1. MASALAH ENJIN


Kadangkala gegaran berpunca daripada bahagian enjin disebabkan tidak cukup suapan udara, bahan api atau percikan api yang diperlukan untuk membolehkannya bergerak lancar. Simptom yang menunjukkan gegaran berpunca akibat masalah enjin dapat dikesan menerusi:

Kereta bergegar dan berketar (jerking) semasa memecut. Kereta bergegar ketika melalui jalur derum (rumble strip) atau garisan kuning atas jalan yang digunakan untuk memperlahankan halaju kenderaan dalam kelajuan tertentu. Kereta dapat dihidupkan dan dipandu dengan baik buat seketika sebelum gegaran berlaku.

Penyelesaiannya, cuba ganti palam pencucuh (spark plug) lama kepada baru. Jika masih elok, periksa wayar palam pencucuh sama ada ia disambung dengan baik atau perlu diganti. Penapis udara kotor atau penapis bahan api tersumbat boleh menyekat kemasukan udara atau bahan api mencukupi ke dalam enjin. Pastikan kedua-duanya diganti mengikut saranan standard pengeluar.

2. MASALAH GANDAR (AXLE)



Sesebuah kenderaan memiliki banyak bahagian berputar yang memerlukan unjuran atau toleran tertentu bagi membolehkannya beroperasi dengan baik. Kerosakan gandar mudah terjadi akibat kemalangan yang menyebabkan kereta menghadapi masalah gegaran, terutama apabila memecut laju.

Pemeriksaan ke atas aci pacu (driveshaft) perlu dilakukan. Bagi kenderaan pacuan roda belakang (RWD), sebahagian besar bahagian berputar memindahkan kuasa enjin kereta kegandar belakang dan roda. Jika bengkok, gegaran akan berlaku. Kehausan sendi halaju malar(constant velocity joint-CV) juga termasuk dalam kategori sama. Jika ‘but’ getah yang menutup hujung gandar pacu kekal kukuh, pengapit (clamp) adalah selamat dan tiada bendalir bocor, sekali gus tiada masalah.

Tetapi, jika ‘but’ sudah koyak, habuk dan kotoran jalan akan masuk dan merosakkan sendi. Bagi kenderaan pacuan roda depan (FWD), kerosakan sendi CV bermakna anda perlu memberi gandar pacu baru. Ini kerana gandar tidak seimbang mampu menyebabkan kereta anda bergegar.

3. BREK ROSAK


Apakah gegaran berlaku apabila anda menekan brek? Jika ya, ada kemungkinan besar masalah tersebut berpunca daripada rotor brek atau rotor. Rotor adalah komponen berbentuk cakera berwarna perak berkilat yang dipasang bersama sistem brek cakera.

Komponen berkenaan boleh bengkok atau ‘lari’ daripada bentuk asal disebabkan jangka hayat dan gaya pemanduan kereta. Kekerapan membrek mengakibatkan kepanasan ke atas rotor dan kerosakan berlaku apabila terjadi kepanasan melampau. Kerosakan rotor juga berpunca disebabkan permukaan jalan tidak rata.

Apabila rotor rosak, kaliper dan pad brek gagal mencengkam rotor dengan baik, sekali gus menyebabkan gegaran. Idea terbaik adalah jumpa pakar brek yang akan memberitahu keadaan rotor atau brek dram kereta anda.

4. RODA GOYANG



Kadangkala gegaran kereta dapat dirasai secara terus dari roda stereng. Alasan paling munasabah difikirkan adalah isu penjajaran (alignment), tetapi pakar berfikir sebaliknya. Satu daripada roda lain mungkin mengalami masalah goyang (wobbly) yang menjurus kepada beberapa isu lain.

Langkah pertama adalah memastikan setiap roda diketatkan pada hab dengan bolt lug yang betul. Malah, masalah gegaran mungkin dapat diselesaikan dengan menggantikan bering roda. Bering roda bagi kenderaan moden hari ini diibaratkan bagai nyawa sesebuah kereta. Jika kereta anda dipandu bukan dalam kondisi normal seperti meredah laluan off-road, pemanduan ekstrem dan jarak jauh, kenderaan anda berisiko mengalami masalah bering.

Seperkara lagi perlu dilihat adalah ‘runout’ atau habis. Terma ini menjelaskan berapa banyak roda membelok daripada putaran lingkar sempurna apabila dipandu. Mekanik roda menggunakan instrumen ketepatan untuk mengenal pasti jika ‘runout’ berlaku ke atas mana-mana roda yang melebihi setengah inci, tetapi bukan sepanjang masa. Penyelesaian terbaik adalah menukar roda baru.

Masalah lain bagi roda bergoyang adalah hujung rod-ikatan (tie-road) atau sendi bebola (ball join) yang menyebabkan gangguan gegaran ketika memandu laju. Roda adalah punca biasa yang perlu diberikan perhatian jika mahu mengesan punca kereta bergegar.

5. MASALAH TAYAR


Walaupun berada dalam senarai akhir, tayar adalah masalah nombor satu apabila berlaku gegaran kereta kerana ia adalah komponen utama pergerakan sesebuah kenderaan. Ada banyak senarai masalah tayar yang menyumbang kepada masalah gegaran, ketaran dan golengan sesebuah kereta.

Namun, di bawah adalah masalah besar yang kerap berlaku:
#Kereta bergegar pada kelajuan tertentu – imbangan (balancing) tayar diperlukan.
#Bunga tayar terpisah – tayar perlu ditukar.
#Tayar tidak rata – penjajaran (aligntment) tayar diperlukan.
#Tayar terkeluar dari pusingan dan bergolek tidak sama – tayar perlu ditukar.

Kadangkala, gegaran bukan berpunca daripada tayar, tetapi roda atau rim. Beri perhatian kepada jalan berlubang dan sedang dibaiki kerana kedua-duanya mampu merosakkan roda anda.

Sumber: PanduLaju

Ahad, 19 Jun 2016

Servis Kereta

Tips Servis Kereta Yang Mudah Untuk Wanita Berkereta


Servis kereta, adalah benda biasa bagi seorang lelaki berkereta, tetapi perkara agak kurang biasa bagi kebanyakkan wanita.

Ini kerana, ramai wanita diluar sana akan pergi ke kedai untuk servis kereta walaupun servis biasa dan juga ada segelintir golongan lelaki akan servis di kedai.

Di sini admin hendak kongsikan tips mudah untuk servis kereta

jom kita baca.

TIPS SERVIS KERETA ( UNTUK WANITA BERKERETA )

Kpd orang pompuan, anda sebenarnya boleh menjimatkan duit anda masa servis kereta..

BASIC SERVIS kereta adalah

i) penukaran minyak enjin + tukar penapis minyak 

ii) cuci atau tukar penapis angin (air filter ; biasanya benda ni tahan lama.. 6 7 8 kali servis baru tukar sekaliair filter ni)

iii) periksa & top up air bateri (kalau nak tukar bateri yg baru ambil jenis jenis
Century ; bateri kereta Century air bateri lambat surut & bateri ni tahan lama)
Kos basic servis di workshop 
Minyak enjin (20-50W) RM50 - 60 ++ 
Oil filter RM10-RM13 
Top up battery water (biasanya free atau termasuk dlm labour charge) 



Labour charge RM15 - RM 25
Kalau suruh kawan2 anda yg lelaki buat sendiri 
(contoh kos servis sendiri utk kereta P. Wira) 
Anda pergi beli sendiri benda2 ni kat kedai spare part 
Minyak enjin (Castrol 20-50W) RM28 (Harga Jun 2006) 
Penapis minyak/Oil filter jika jenis proton standard baru RM8 satu.. 

Andaikan air filter tak yah tukar (elok lagi) 
Top up air bateri (air bateri RM1 - RM2 sebotol) boleh top up pakai balance air bateri kawan anda yg lelaki tu (free je) J
Labour charge - Belanja la kawan2 lelaki anda yg tolong servis kereta anda tu..
P/S : Bandingkan kos anda.. (sebab tu la orang pompuan kena berbaik2 dgn orang lelaki nie.. jangan dok jual mahal je) J

✔ TIMING BELT 
Adalah mustahak timing belt ditukar setiap60,000km (jenis proton standard, original protonparts) .. kalau anda pakai jenis Mitsubishi boleh tahan sampai 100,000km (hati-hati, kat kedaisparepart ada jual timing belt jenisMitsuboshi (brand tiruan @ cap ayam).. sekiranya timing belt enjin kereta anda kena air.. kena minyak enjin dgn banyak yg meresap melalui celah enjin (gasket enjin dah bocor), maka disarankan anda terus tukar timing belt kerana ketahanan getah tali ‘timing belt’ ini sudah berkurangan (tear & wear)..

Catatkan bacaan odometer reading di dashboard kereta anda supaya anda tahu bilakah perlu dilakukan pertukaran timing belt seterusnya. 

Contohnya sekiranya ‘clock’ odometer reading kereta anda mencatat kereta anda telah berjalan sejauh 165,433km maka pertukaran timing belt seterusnya perlu dilakukan apabila bacaan odometer kereta anda mencecah 225,433km.

Kegagalan untuk menukar timing belt pada masa yg disyorkan oleh mekanik boleh menyebabkan ianya putus di tengah jalan (apa lagi piston akan jammed, rod akan bengkok atau patah, blok enjin akan calar atau pecah...) duit anda akan terbang ratus2.. kena overhaul la jawabnya.. (kos baik pulih enjin kancil jika timing belt putus RM600++, Opel frontera RM2000 ++ (kos tukar timing belt Opel frontera ni baru RM400..)



Sebab-sebab anda merasakan kereta anda seolah-olah menjadi berat..

1. jangka hayat palam pencucuh(spark plug) sudah tamat (tukar setiap 30,000km atau setahun sekali)* 

2. tepet dalam locker enjin telah lari dari setting asal - buat pelarasan tepet setiap 1 tahun 6 bulan (jika kereta digunakan setiap hari untuk perjalanan jarak jauh) hingga 2 tahun sekali

3. penapis minyak petrol(petrol oil filter) tersumbat [minyak tidak dapatflow dengan lancar ke sistem pembakaran enjin (kaburator / suntikan minyak)] - setiap kali anda menukar timing belt, tukar penapis minyak petrol ini sekali.

4. Penapis angin (air filter) penuh dgn habuk / debu. Cuci atau tukar air filter ni. 

5. enapan karbon yang berlaku di dalam sistem pembakaran enjin telah banyak - cuci karbon setiap 2 tahun sekali (boleh buat di pusat Proton Servis atau gunakan Professor rujuk laman web En Azmi -<

6. brek cakera(disc brake) kereta anda tersangkut ; akibat sistem brek yang tidak pernah diperiksa & diservis - biasanya berlaku kejadian piston brek melekat (brake piston takrelease balikdisc brake selepas kita menekan brek). Pandu kereta perlahan-lahan (gunakan gear 1 atau gear 2) & anda boleh mendengar bunyidisc brake tersangkut / bergesel ini. Tukar minyak brek setiap 3 atau 4 tahun, brek pad tukar bila dah nak habis. **

7. bearing roda @ tayar kereta anda telah rosak. (untuk kereta proton bearing roda kereta akan mula buat hal selepas 8 - 10 tahun usia kereta). Bunyi bising (berdengung) akibat kerosakan bearing roda kereta anda akan kedengaran bila anda memandu pada kelajuan 80km ke atas.

8. minyak kotak gear(gear box oil) sudah sampai masa, tukar setiap 2 hingga 3 tahun [plat klac(clutch plate) tukar setiap 3 tahun sekali].



9. tekanan angin dalam tayar kereta anda tidak mencukupi. 

10. Timing belt dan belting luar (tali sawat/kipas yang memusingkan ’fan’, ’alternator kereta anda menjadi terlalu ketat. Periksa dan buat pelarasan timing belt atau belting luar ini semula (tanda belting luar terlalu ketat diketahui sewaktu menghidupkan enjin ; ada bunyi berdencit yg kedengaran).

11. timing enjin kereta anda terlalu rendah atau telah lari dari setting asal. Buat pelarasan timing enjin kereta anda semula.

12. mungkin berlaku masalah kerosakan di distributor. Periksa sekiranya terdapat kerosakan pada coil distributor kereta anda.

13. Bateri kereta anda sudah sampai masanya (perlu ditukar). Jangkahayat bateri biasanya lebih kurang dlm 2 tahun.

Cerita Pasal Nak’Lowered’ Kan (Bagi Rendah) Kereta TukarAdjustable Absorber & Sport Spring. 
Untuk kereta proton, jangka hayat sistem suspensi (gantungan)strut absorber (batang penyerap hentak) dan gelung spring adalah sehingga 5 hingga 7 tahun.. Ramai di antara kita akan memilih untuk menukar kepada jenisadjustable absorber (penyerap hentak jenis boleh laras contohnya jenama GAB), harga memang mahal.. atau bertukar kepadasport spring (contohnya jenamakimex). Setelah menukar penyerap hentak & gelung spring, ramai antara kita yang tidak berpuashati [rasa lagi keras lah, kereta terasa seperti bumpy (melompat-lompat) , lalu kat bonggol tak lepas, tidak selesalah] & akhirnya kembali memakai penyerap hentak & gelung spring proton standard. 

(Benda mcm absorbers dan spring ni kalau nak standard je elok pakai yg original protonpart. Tukar absorber jenis minyak, kalau jenis gas cepat jadi keras (3 tahun ++ saja).

P/S : * Kalau banyak duit tukar palam pencucuh jenis NGK G-Power - (harga mahal sikit).

Spark plug jenama Bosch Super 4 tidak disyorkan (pengalaman saya sendiri sudah pakai spark plug Bosch Super 4, lama kelamaan prestasi enjin lagi teruk).
** jika lampu isyarat amaran ( ! ) menyala walaupun anda telah melepaskan brek tangan, ini menunjukan minyak brek kereta anda telah berkurangan. Bawa ke bengkel untuk memeriksa kebocoran salur minyak pada sistem brek kereta anda. sumber

Siakapkeli.my
Sekiranya anda berminat untuk jimatkan kredit telefon anda boleh tekan sini.