Selasa, 16 Februari 2016

Buka Roadtax Kereta



Bagi pemilik kereta, van dan lori, sudah pasti dan masak dengan masalah untuk menampal pelekat cukai jalan di cermin kenderaan anda kerana pelekat itu bukan untuk dibuka dan tampal untuk berulang-ulang kali.

Apabila handak tampal, perkara yang dititik beratkan sudah pasti kedudukan pelekat berkenaan, takut senget atau tidak sama dengan stiker lain yang sedia ada yang mungkin merosakkan pemandangan.

Selepas setahun, "road tax'' berkenaan perlu ditanggalkan semula. Masalahnya mula tibul, "Road Tax" dah tanggal, gam pula melekat di cermin kereta dan susah hilangkan kesannya.

Seorang pengguna Facebook bernama Debu Putih berkongsikan satu cara mudah dan selamat tanpa meninggalkan kesan gam dicermin kereta apabila "Road Tax" ditanggalkan.

Berikut adalah perkongsian beliau.


Rendam kain dengan air panas.


Letakkan kain tadi diluar cermin kereta, betul-betul "Road Tax" yang hendak ditanggalkan.


Biarkan 5-10 minit sehingga gam berkenaan cair.


Selepas 5-10 minit. tanggalkan "Road Tax" berkenaan perlahan-lahan.



Dan hasilnya, tiada sedikitpun bekas gam yang ditinggalkan.


SELAMAT MENCUBA!!

Siakapkeli.my
Sekiranya anda berminat untuk jimatkan kredit telefon anda boleh tekan sini.

Sabtu, 13 Februari 2016

Dilindungi Insurans

Ramai Tak Tahu Rupa-rupanya Setiap Tiket/Kad Tol Lebuhraya Kita Dilindungi Insurans


Adakah anda sebagai pengguna lebuhraya PLUS tahu tentang hal ini? 

Setiap Tiket/Kad Tol Lebuhraya yang kita gunakan di negara kita dilindungi Insurans 

Sebagai contoh 
Ketika kita memandu dilebuhraya, berlaku kebocoran tayar atau kerosakan berpunca daripada terlanggar objek dilebuhraya berkenaan (paku, besi dll)...kita boleh membuat tuntutan kepada Syarikat lebuhraya berkenaan. 

Bagaimana caranya : 
  • Ambil gambar kerosakan/tayar (tayar belum dibuka dari kenderaan dan objek(punca kerosakan). 



  • Kemudian ambil gambar tanda kilometer laluan berkenaan yang terdapat di penghadang jalan/papan tanda. 

  • Selepas itu barulah tukar tayar yang rosak kepada tayar gantian (spare tyre). 

  • Setelah itu...pergi ke kedai dan tukar tayar. Jangan lupa resit dari kedai tayar berkenaan. 

  • Bawa resit bukti pembayaran tol, gambar-gambar berkaitan serta objek(punca kerosakan) dan resit ke pejabat urusan lebuhraya berkenaan untuk tuntutan gantirugi mengikut nilai didalam resit (claim).

UniversityOfLife

Selasa, 2 Februari 2016

tayar kereta

Ketahui Nama KOD ada pada tayar kereta supaya anda tidak ditipu oleh penjual

 on Saturday, 4 July 2015 

Put kongsikan tips ini agar anda sebagai pengguna kenderaan yang bernama kereta tidak ditipu oleh penjual tayar. Kita selalu ditipu penjual tayar kereta apabila kita ingin menukar tayar kereta yang sudah pancit atau bunga sudah botak, pakai tidak sampai sebulan tayar sudak bengkak buaya, bermakna tayar kita sudah expirde date. Jom pelajari cara mengenali sesuatu tayar itu melalui kod yang tentera pada tayar.
 
Info Pasal tayar kenderaan;
1.Kod Tayar Kenderaan..
Contoh 205/65/R1594H..
205 = Lebar..
65 = Tinggi..
R = Radial..
15 = Saiz / Rim..
94 = Had Maksimum Bebanan..
H = Had Maksimum Kelajuan 210 KM / Jam..
Jika Ianya Abjad Yang Terakhir, Ianya Seperti Di Bawah;
S = Maksimum Had Laju 180 KM / Jam..
T = Maksimum Had Laju 190 KM / Jam..
U = Maksimum Had Laju 200 KM / Jam..
V = Maksimum Had Laju 240 KM / Jam..
Z = Maksimum Had Laju 240 KM / Jam..
W = Maksimum Had Laju 270 KM / Jam..
Y = Maksimum Had Laju 300 KM / Jam..
2. Setiap Tayar Ada 4 Angka Tercatit Di Sisi Tayar..
Contoh 0514..
Ianya Menunjukkan Tayar Baru Keluaran Kilang Pada Minggu Ke 5 Tahun 2014..
Tempoh Penggunaan Tayar Adalah Selama 5 Tahun Dari Tarikh Ianya Dikeluarkan..
Tayar Baru Yang Berusia Lebih Dari 5 Tahun Masih Boleh Digunakan Tetapi Ianya Telah Menjadi Keras Sebab Getah Tayar Sudah Tamat Tempoh (Expired)..
Jika Tukar Tayar Yang Baharu Pastikan Tahun Pengeluarannya Adalah Tahun Yang Terkini..
Jika Beli Tayar Keluaran Tahun 2013 Minta Diskaun Sebanyak 20% Daripada Harga Asal..
Berikut Adalah Diskaun Harga Tayar Mengikut Kepada Tahun Tayar Yang Dikelurkan Dari Tahun Semasa (2014);
2012 = 40%
2011 = 60%
2010 = 80%
2009 = Percuma
Semoga Perkongsian Ini Membantu Kita Agar Tidak Ditipu Oleh Kedai Jual Tayar..
Share Kepada Yang Lain....
Semoga ini memberi manfaat kepada kita semua...