Ahad, 23 April 2017

MENITI BUIH Perjalanan Menuju Akhirat: Doa dan Taqwa

MENITI BUIH Perjalanan Menuju Akhirat: Doa dan Taqwa: Ini Dia Doa yang Paling Kerap Diucapkan Rasulullah Posted: 08 Jun 2016 09:30 PM PDT Qatadah bin Da’amah As Sadusi pernah bertanya kepa...

Isnin, 28 November 2016

gearbox

Gearbox? Kalau tanya para wanita pasti ada yang ternganga mulut. Bukan tak nak ambil tahu bab kereta. Tapi, ia sangat rumit dan bukan mudah untuk dikenalpasti. Sudahnya, boleh pandu dan isi minyak sajalah jawabnya. 

Ramai yang berpendapat, jika kerosakan kereta yang melibatkan gearbox memang akan berhabis duit. Sekiranya gear sudah tak terkawal dan bertukar dengan sendiri itu tandanya gearbox anda bermasalah besar!  Bukan untuk kereta auto sahaja, perkara ini juga terjadi pada kereta manual. Buat pengguna kenderaan, sila ambil perhatian.

Untuk langkah keselamatan, kereta haruslah diselenggara dengan baik. Jangan ambil mudah, pandai guna, pandai jaga. Nak tahu bagaimana tanda-tanda awal gearbox kereta anda bermasalah? Baca info berikut terutama bagi sesiapa yang bawa kereta auto :

1. Gear susah masuk (biasanya untuk gear manual)

2. Pada awal transmisi untuk auto terdapat sentakan yang agak kuat (contoh dari N ke D atau dari P ke D)

3.  Terdapat ‘freeplay’ (ruang pertukaran gear) yang agak lama sama ada dari 1 ke 2, 2 ke 3 dan 3 ke 4

4. Kereta berbunyi kuat setiap kali pertukaran gear auto berlaku

5. RPM yang jadi tinggi tidak kembali asal setelah gear auto bertukar

6. Berbunyi hentakan seperti ‘DUK’ setiap kali gear auto bertukar

7. Gear yang bertukar pada keadaan N atau D pada panel meter

Kesemua tanda ini merupakan tanda-tanda awal, sekiranya anda biarkan dan tidak ambil tindakan, kerosakan akan lebih teruk dan kos untuk membaiki sangat tinggi. Nak tahu cara nak baiki dengan senang dan kos yang rendah?

Bersihkan ruang auto filter dan tukar auto filter :

1. Tukar minyak auto

2. Tukar mounting gearbox

3. Tukar pin pada panel gear

4. Tukar kedua-dua oil seal gearbox

Untuk pengguna kereta manual, anda hanya perlu tukar minyak gear, mounting dan kabel gear. Sekarang dah tahu, cepat cek gearbox anda sebelum terlambat!

Selasa, 22 November 2016

tayar kereta

Posted: 21 Nov 2016 12:43 AM PST

Adakah anda sebagai pengguna lebuhraya PLUS tahu tentang hal ini? 

Setiap Tiket/Kad Tol Lebuhraya yang kita gunakan di negara kita dilindungi Insurans

Sebagai contoh : 

Ketika kita memandu dilebuhraya, berlaku kebocoran tayar atau kerosakan berpunca daripada terlanggar objek dilebuhraya berkenaan (paku, besi dll)...

kita boleh membuat tuntutan kepada Syarikat lebuhraya berkenaan. 

Bagaimana caranya : 


1. Ambil gambar kerosakan/tayar (tayar belum dibuka dari kenderaan dan objek(punca kerosakan). 

2. Kemudian ambil gambar tanda kilometer laluan berkenaan yang terdapat di penghadang jalan/papan tanda. 

3. Selepas itu barulah tukar tayar yang rosak kepada tayar gantian (spare tyre). Setelah itu...pergi ke kedai dan tukar tayar. 

4. Jangan lupa resit dari kedai tayar berkenaan. 

5. Bawa resit bukti pembayaran tol, gambar-gambar berkaitan serta objek (punca kerosakan) dan resit ke pejabat urusan lebuhraya berkenaan untuk tuntutan gantirugi mengikut nilai di dalam resit (claim)

Jumaat, 21 Oktober 2016

Kereta Jimat Minyak

Anda bercadang untuk membeli kereta? Berminat nak tahu kereta mana yang paling menjimatkan minyak? Baiklah, saya bagitau kepada anda di bawah ini. Ranking kereta paling jimat minyak ni ditentukan berdasarkan Fuel Efficiency Awards 2009 yang diadakan pada Bulan November tahun lepas.
Maklumat ini sangat penting untuk anda untuk menentukan kenderaan mana yang paling sesuai untuk anda supaya dapat menjimatkan kos untuk minyak kereta bulanan. Antaranya adalah kereta saya persona,nampaknya pilihan saya tepat..hehe..zass jom kita lihat siapa yang kena...
Kategori: Compact City Cars
Hyundai i10 5.0 (litre/100km)
Proton Savvy 5.7 (litre/100km)
Kia Picanto 5.8 (litre/100km)
Kategori: Compact Premium Cars
Mini Cooper 5.8 (litre/100km)
Honda Jazz 6.4 (litre/100km)
Alfa Mito 6.5 (litre/100km)
Kategori: Small Family Cars
Toyota Vios ‘J’ 6.1 (litre/100km)
Proton Persona 6.75 (litre/100km) - Kereta Saya huhuhuhu
Honda City 6.8 (litre/100km)
Kategori: Luxury Family Cars
Nissan Slyphy 7.8 (litre/100km)
Hyundai Elantra 7.9 (litre/100km)
Peugeot 407 8.1 (litre/100km)
Kategori: Premium Family Cars
Mercedes Benz B180 7.2 (litre/100km)
Volvo S40 7.9 (litre/100km)
Toyota Camry 8.8 (litre/100km)
Kategori: Executive Cars
BMW 320i 6.1 (litre/100km)
Audi A4 7.4 (litre/100km)
Mercedes C-Class 200K 8.0 (litre/100km)
Kategori: Premium Executive Cars
Citroen C5 8.9 (litre/100km)
BMW 525i 9.4 (litre/100km)
Mercedes E-Class E200K 9.6 (litre/100km)
Kategori: Super Saloons
Audi A8 9.9 (litre/100km)
Mercedes Benz S-Class S350 10.0 (litre/100km)
Lexus LS460 11.1 (litre/100km)
Kategori: Super Sport Cars
Lotus Exige 9.1 (litre/100km)
Porsche 911 PDK 10.3 (litre/100km)
Nissan 370Z 10.5 (litre/100km)
Kategori: Super Sport Convertibles
Mercedes Benz SLK 200K 8.1 (litre/100km)
Volkswagen EOS TFSi 8.2 (litre/100km)
Porsche Boxster 9.4 (litre/100km)
Kategori: Performance Cars
Peugeot 308 GT 6.8 (litre/100km)
Mini Cooper S JCW 6.9 (litre/100km)
VW Scirocco TFSi 7.6 (litre/100km)
Kategori: Pickup Trucks
Isuzu D-Max Hi-DEF Diesel 7.6 (litre/100km)
Ssangyong Actyon Sports Diesel 8.0 (litre/100km)
Nissan Navara Diesel 8.2 (litre/100km)
Kategori: Compact MPV’s
Renault Kangoo 1.5 5.5 (litre/100km)
Honda Stream 1.8 6.7 (litre/100km)
Nissan Grand Livina 7.6 (litre/100km)
Kategori: Luxury MPV’s
Mazda5 8.2 (litre/100km)
Hyundai Starex Diesel 9.6 (litre/100km)
Ssangyong Stavic Diesel 9.7 (litre/100km)
Kategori: Compact SUV’s
Ssangyong Actyon Sports Diesel 8.0 (litre/100km)
Honda CRV 8.2 (litre/100km)
Audi Q5 TFSi 8.4 (litre/100km)
Kategori: Luxury SUV’s
Volvo XC90 D5 Diesel 8.5 (litre/100km)
BMW X5 3.0 Diesel 8.7 (litre/100km)
Audi Q7 3.0 Diesel 9.9 (litre/100km)
Kategori: Hybrids
Toyota Prius HYBRID 3.9 (litre/100km)
Honda Civic Hybrid HYBRID 4.6 (litre/100km)

Khamis, 20 Oktober 2016

Radiotor

Penyakit Radiator
“Radiator tersumbat?? Over temperature??? Betul ke tersumbat??? Bila tegok air tak jalan pun, enjin hidup tapi air dalam radiator tak gerak pun”
Ini ayat yg biasa kita dengar dari pengguna kereta..
1. Air kurang, sebab air kurang mungkin radiator mengalami kebocoran.
2. Kipas tidak berfungsi dengan baik, mungkin karbon motor sudah haus sebab itu kipas tidak dapat berfungsi lagi, mungkin juga fius yang mengawal kipas untuk automatik ada masalah.
3. Radiator sumbat, radiator mempunyai tiup-tiup kecil untuk air dapat melaluinya, jika tiup-tiup tersebut tersumbat air tidak dapat berjalan dengan lancar, jadi hantarlah kenderaan anda untuk pemeriksaan lanjut.
4. Air tidak dapat berjalan dengan lancar, ia boleh terjadi puncanya adalah mengalami karat pada thermostat. Macam mana nak tahu? Sila pegang hose pipe atas dan hose pipe bawah, jika hose pipe atas panas dan hose pipe bawah sejuk, kemungkinan thermostat jem dan harus diktukar.
5. Penutup radiator atau cap, jika rosak, cabut paip kecil yang bersambung ke tangki simpanan, tekan pedal minyak. Jika air banyak keluar dari paip kecil tersebut maka SAH penutup atau cap radiator rosak, wajib tukar.
Jika air tetap keluar, mungkin radiator sumbat, hantarlah kenderaan ke bengkel untuk pemeriksaan.
6. Check water pump masa start pagi-pagi tu, bukak cap radiator itu, kalau memang nampak air dalam radiator tak gerak langsung atau terpancut air keluar.. Maknanya ada kemungkinan water pump rosak
Sebagai langkah awal kita perlu periksa jumlah air radiator dalam tangki setiap minggu atau kalau boleh kerap kali. Jumlah air radiator harus berada pada aras min dan max, tambahkan jika kurang. Buka tutup radiator dan periksa jumlah air radiator harus penuh, tambahkan jika kurang, sekali gus kita dapat mengesan kerosakan yang berlaku dan mencegahnya lebih awal
Kalau berlaku tanda-tanda kerosakan atau kebocoran cepat-cepatlah cari mekanik yang boleh baiki kerosakan tersebut.


Apa pun sebagai langkah yang lebih terjamin sila hantar ke bengkel dan selalunya makanik akan cek, water pump, host paip, dan top tank.

Jumaat, 14 Oktober 2016

Cermin Kereta Retak

Cermin Kereta Retak? Jangan PANIK,Jangan Tukar Baru, Ikut Tip Mudah Ini Yang Pasti Membuatkan Anda Tersenyum ...



Apabila cermin hadapan kereta retak pasti ia secara tidak langsung mengganggu pandangan anda semasa pemanduan. Bukan itu sahaja, kadang-kadang risau juga jika cermin yang retak boleh pecah serta merta.

Jika terjadi hal sebegini, ramai yang ambil keputusan untuk menukarnya di bengkel, bimbang perkara yang tidak diingini berlaku.

Tetapi tak ramai yang tahu ada cara yang tidak memerlukan anda mengeluarkan belanja yang tinggi untuk menukar cermin baru atau perlu 'claim' insurans untuk cermin yang retak itu.


Ikuti sahaja langkah yang telah disediakan oleh video tersebut. Mudah kan? Retakan boleh hilang selepas dua jam. Bahan-bahan yang diperlukan juga anda hanya boleh dapatkan di kedai 'hardware' saja