Sabtu, 5 Mac 2016

jaga brek kereta

Bagaimana nak jaga brek kereta

Berikut diberikan 8 tips penjagaan brek kereta anda.

  1. Pastikan sistem brek kereta anda diselenggara setiap kali mencapai perjalanan 20 ribu kilometer. Atau biasanya dalam tempoh 6 bulan sekali (seperti yang dinasihatkan oleh pengeluar)
  2. Bila ketebalan pelapik brek (brake pad) kurang dari 2mm, elok ditukarkan saja brek tersebut. Biasanya dalam ketebalan kurang dari 2mm, pin sesentuh keselamatan akan keluarkan bunyi amaran.
  3. Suruh mekanik periksa keadaan bendalir brek setiap kali anda tukar brek. Pastikan mekanik menggunakan alat uji bendalir brek dan bukan main agak-agak saja. Ini bab keselamatan woo!.
  4. Perhatikan pada nasihat jenis dan saiz tayar serta RIM yang diberikan oleh pengeluar kenderaan anda. Jangan pakai saiz tayar dan rim yang lebih besar kerana ia akan mengurangkan cengkaman brek. Ini bab keselamatan woo!.
  5. Pilih pelapik brek yang ikut spek standard MS / UNECE / ISO / JIS / SAE
  6. Tahap minimum cakera brek (RMT - Rotor minimum thickness) kereta anda ada pada cakera brek tersebut, sila baca dan perhatikan tahap minimumnya. Jika mencapai tahap minimum, ada kemungkinan sistem brek akan gagal.
  7. Bawa kereta baik-baik berhemat selepas tukar brek yang baru sebab keberkesanan brek biasanya akan berkurangan sikit selepas baru saja tukar.
  8. Tak payak nak gatal pakai pelapik brek atau lining brek second hand. Ini bab nyawa woo!.

Amaran utama tentang brek

Sila berikan perhatian pada maklumat ini.

Seandainya terasa pedal brek kereta anda telah menurun sedikit semasa memandu, terutamanya masa dok turun bukit, berhenti dengan kadar segera !.

Tunggu 15 minit sebelum teruskan pemanduan.

Keadaan pedal brek yang tiba-tiba menurun itu berkemungkinan disebabkan suhu minyak brek kereta anda telah meningkat naik.

Oleh itu, relaks sat dalam 15 minit supaya suhu minyak brek itu tenangkan dirinya.

jaga tayar kereta

8 petua jaga tayar kereta

Sila baca dan ambil perhatian terhadap 8 perkara berikut demi keselamatan kita semua:

  1. Pastikan tayar yang dibeli mempunyai tanda MS atau DOT atau E. Anda boleh lihat semua tanda tersebut pada bahagian tepi atas tayar yang anda beli.
  2. Jangan beli tayar terpakai yang telah melepasi tanda paras amaran botak dan jangan beli tayar toreh atau tayar korek.
  3. Tukar tayar kereta anda apabila bunga tayar menyentuh tanda amaran botak (Tread Wear Indicator).
  4. Periksa tayar anda setiap kali sebelum memulakan perjalanan. Periksa tekanan angin setiap seminggu sekali.
  5. Lakukan penjajaran dan pengimbangan tayar setiap 10 ribu km perjalanan. Lakukan dengan segera jika ada masalah stereng bergegar atau kereta suka pusing pergi satu arah samada kiri atau kanan.
  6. Lakukan putaran roda setiap kali mencapai 10 ribu km perjalanan atau mengikut buku panduan pengeluar kenderaan anda.
  7. Jangan bawa lebih muatan melebihi kemampuan tayar. Perlu ada Carta Indeks Had Muatan.
  8. Sila hubungi kedai tayar yang bertauliah untuk pemeriksaan dan maklumat lanjut. Kalau tak tahu tanyalah pada orang yang lebih tahu.
Bila anda semka tayar, dan mendapati adanya kesan rekahan atau tanda haus tidak sekata, ataupun terdapat benjolan pada permukaan bunga tayar atau pada dinding, segera tukar atau ganti saja tayar tersebut.

Kenali kemampuan tayar anda

Jika dilihat pada tayar, kita boleh lihat adanya bacaan seperti dibawah pada bahagian tepi atas tayar anda

205 / 65 R 15 92 H

  • 205 adalah saiz kelebaran tayar dalam mm
  • 65 adalah profil tayar
  • R menunjukkan tayar jenis binaan Radial
  • 15 merupakan saiz Rim dalam ukuran inci
  • 92 merupakan ukuran Indeks Had Muatan tayar.
  • H pula merupakan simbol kelajuan maksima yang tayar tersebut boleh pergi.

Selasa, 1 Mac 2016

Menghalau Lipas Dalam Kereta

Petua Menghalau Lipas Dalam Kereta (4Langkah Dengan Gambar)

Petua Menghalau Lipas Dalam Kereta

Lipas.
Adalah serangga yang paling annoying dalam hidup aku. Kenapa aku benci lipas? Sebab ia merayap dengan laju dan mengerikan. Geli weh. Kalau jumpa kat bilik mesti ambik penyapu sapu keluar. Kalau kat bilik air aku jirus dia sampai lemas masuk dalam longkang. Begitu anti aku dengan lipas ni. Boleh kata aku ni macam 'Oggy' dalam cerita 'Oggy and the Cockroaches' tu haha.
 
Ok sekarang aku nak share petua menghalau lipas dalam kereta.

1. Guna kapur semut atau lipas

kapur lipas
Beli kapur semut atau lipas biasa kat kedai hardware ada jual. Tabur sikit dalam kereta. Sekali terkena kapur tu akan menyebabkan lipas ni kehilangan fungsi saraf dalam 4 jam, tak boleh bergerak dan akhirnya mati setelah 10 jam. Mati terseksa secara perlahan. Macam pembunuh kejam kan? Hahaha.

2. Guna spray lipas

spray lipas
Banyak ada jual kat supermarket. Cari yang mesra alam. Karang terlebih sembur, lipas tak mati yang naik kereta pulak mati. Innalillah...

3. Guna perangkap lipas

perangkap lipas
Kalau terer buat sendiri. Kalau tak beli je. Senang. Kalau aku tak sanggup nak pegang perangkap ni. Tengok lipas je dah geli. Penggeli ya amat dengan lipas.

4. Guna daun pandan

halau lipas daun pandan
Haaa...yang ni cara paling baik dan mesra alam. Kurang kejam berbanding 3 cara tu. Ikat daun tu lepas tu letak dalam kereta. Lipas paling anti dengan bau pandan ni. Maka bertempiaran la diorang lari lintang pukang. Disamping tu dapat jugak hilangkan bau yang kurang enak dalam kereta.

5. Guna Serai Wangi

Serai wangi ni bukan saja boleh halau lipas, tapi apa juga serangga lain. Kalau lumur kat kulit nyamuk pun tak berani dekat. Serangga memang tak suka bau serai wangi ni, so memang berkesan untuk halau lipas. Spray je kat keseluruhan kereta.
Jadi, kepada mereka yang anti lipas seperti aku boleh la aplikasikan petua menghalau lipas yang aku bagi ni. - [sumber mamalink.com.my]
Suka dengan ini? 
 |