Ahad, 17 April 2016

MYsumber » Informasi Harian » Cara tukar nama geran motor kereta owner meninggal dunia Cara tukar nama geran motor kereta owner meninggal dunia 12:49 Redaksi Admin Share the post "Cara tukar nama geran motor kereta owner meninggal dunia" Facebook Google+ Twitter Individu yang mahu menukar hakmilik kenderaan (termasuk Kereta atau Motor) daripada nama asal pemilik (owner) geran kenderaan yang meninggal dunia perlu mengikut prosedur yang ditetapkan oleh Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) Malaysia Pertukaran pemilikan kenderaan tersebut perlu dibuat sekiranya kenderaan itu menjadi kegunaan harian pengguna sekarang bagi mengelakkan sebarang perkara tidak diingini berlaku selain membolehkan pembaharui cukai jalan dibuat dan perlindungan insuran sepenuhnya ketika menggunakan kenderaan tersebut di jalan raya. Sebagai peringatan adalah menjadi satu kesalahan sekiranya cukai jalan tamat tempoh tetapi kenderaan tersebut masih digunakan diatas jalan raya CARA DAN PROSEDUR TUKAR NAMA GERAN MOTOR KERETA PEMILIK (OWNER) MENINGGAL DUNIA  Berikut adalah panduan tukar hak milik untuk penama asal geran kenderaan yang telah meninggal dunia kepada nama pengguna sedia ada bagi kenderaan tersebut Senarai Borang Pertukaran Milikan Dan Dokumen Pengesahan / Sokongan Pemohon perlu melengkapkan beberapa borang bersertakan dokumen pengesahan pentadbir/pemilikan atau sokongan yang diperlukan antaranya seperti berikut Dua salinan borang Senarai Semak TM-3 (Pind.1/2009)Borang TM-3 Dua salinan borang JPJK3A yang telah diisi dengan lengkap dan ditandatangani oleh pemilik baru (penerima pusaka)Borang JPJ K3A Perakuan Pendaftaran Kenderaan asal (JPJK2) iaitu Geran Dokumen pengesahan pemilikan / pentadbir yang asal jika berkenaan atau salah satu daripadanya seperti berikut 4.1 Surat Perintah Mahkamah atau Surat Geran Probet (Grant Letter of Probate) atau Surat Akuan/Arahan oleh Amanah Raya Berhad atau Surat Pentadbir Pusaka (Grant Letter of Administrator) Pejabat Harta Pusaka Kecil Laporan B5 Pemeriksaan Tukar Milik oleh PUSPAKOM yang masih berkuat kuasa / sah Pemohon dinasihatkan hadir sendiri ke cawangan Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) untuk urusan pertukaran hak milik bagi melancarkan proses permohonan. Sekiranya pemohon menghantar wakil untuk urusan tersebut ia memerlukan pengisian borang lain serta maklumat pengesahan identiti INFO DAN PANDUAN TUKAR NAMA GERAN KENDERAAN KEMATIAN PEMILIK Pembaharuan (Renew) Cukai Jalan Dan Insurans Pembaharuan cukai jalan (Road Tax) bagi kenderaan berdaftar atas nama pemilik yang meninggal dunia hanya boleh diperbaharui setiap 6 bulan sahaja oleh waris dan tempoh yang dibenarkan adalah selama 2 tahun bermula pada tarikh kematian pemilik Sila dapatkan maklumat tempoh yang dibenarkan dengan pihak JPJ kerana mungkin ada perubahan ataupun tidak Urusan pembaharuan cukai jalan tersebut hanya boleh dibuat di kaunter JPJ sahaja Dalam tempoh berkenaan, waris juga boleh memperbaharui insuran namun masih atas nama pemilik kenderaan yang meninggal dunia Selepas tempoh 2 tahun pembaharuan cukai jalan ke atas kenderaan terbabit tidak boleh dibuat lagi. Bagi membolehkan pembaharuan cukai jalan boleh dibuat semula, waris (bakal pemunya baharu) perlu membuat permohonan pertukaran milikan bagi kenderaan tersebut Waris (bakal pemunya baharu) dinasihatkan membuat permohonan pertukaran milikan dalam tempoh berkenaan bagi mengelakkan sebarang kesulitan yang tidak diingini Siapa Yang Berhak Keatas Kenderaan Berdaftar Yang Ditinggalkan Oleh Si Mati Sekiranya si mati meninggalkan wasiat rasmi yang membuktikan bahawa kenderaan tersebut adalah milik waris yang ditetapkan ia akan memudahkan lagi urusan pertukaran milikan kerana dokumen rasmi seperti perintah surat pentadbir harta pusaka sudah ada Jika tidak, waris si mati boleh membuat permohonan di Unit Pembahagian Harta Pusaka Kecil/Pejabat Tanah berdekatan untuk menetapkan siapa yang berhak (agihan) terhadap harta yang ditinggalkan. Dalam perkara ini kenderaan contohnya kereta (kategori Harta Alih) Maklumat lanjut tentang prosedur permohonan dan senarai dokumen yang diperlukan, sila rujuk dengan pihak Unit Pembahagian Harta Pusaka Kecil/Pejabat Tanah atau klikMaklumat Rasmi Pembahagian Harta Pusaka Kecil Setelah selesai proses agihkan harta mengikut waris (penerima) dalam tempoh jangkamasa tertentu, waris akan menerima Surat Kuasa / Kebenaran / Pengesahan / Perintah Mahkamah / Surat Pentadbir Pusaka ke atas setiap pemilikan harta yang ditinggalkan oleh si mati Siapa yang dapat kenderaan atas nama si mati perlu buat proses pertukaran nama (hakmilik) dengan menggunakan Surat Kuasa / Kebenaran / Pengesahan / Perintah Mahkamah / Surat Pentadbir Pusaka bagi pemilikan baharu untuk membolehkan kenderaan itu menjadi hak sepenuhnya pemunya baru dan sah digunakan atas jalan raya Puspakom Sebelum pindah milik, semua kenderaan persendirian perlu menjalani pemeriksaan mandatori. Pada akhir pemeriksaan, pihak Puspakom akan mengeluarkan laporan B5, yang diperlukan oleh JPJ apabila memindahkan pemilikan kenderaan Sila bawa kenderaan (kecuali Motosikal) dan geran asal untuk urusan pemeriksaan di Puspakom Sila selesaikan dulu urusan Permohonan Pembahagian Harta Pusaka Kecil baru buat pemeriksaan kenderaan di Puspakom kerana urusan Pembahagian Harta Pusaka Kecil mungkin mengambil masa yang berbulan-bulan berbanding tempoh sah laporan B5 Puspakom digunapakai hanya 30 hari sahaja Cara Pemeriksaan Tukar Milik di Puspakom seperti lampiran carta aliran yang disertakan dibawah JPJ Setelah menerima pengesahan milikan sebagai pemunya baru kenderaan tersebut dari pentadbiran pusaka atau perintah mahkamah serta kelulusan pemeriksaan kenderaan berdasarkan Laporan Pemeriksaan Tukar Milik (B5) dari Puspakom, pemohon boleh mula membuat urusan Pertukaran Milikan di cawangan JPJ berdekatan Sila rujuk kepada senarai borang yang diberitahu seperti diatas, lengkapkan dengan sempurna dan sertakan dokumen berkaitan yang diperlukan dalam setiap borang permohonan Bawa juga sijil kematian asal pemilik kenderaan yang meninggal dunia, mana tahu mungkin ia diperlukan dalam urusan pertukaran hak milik Borang yang telah dilengkapkan bersama dokumen asal yang diperlukan dengan bayaran perkhidmatan hendaklah diserahkan kepada pegawai JPJ yang bertugas untuk membuat proses pertukaran hakmilik dengan segera Untuk urusan cukai jalan boleh tanya pengawai JPJ berkenaan manakala insuran rujuk kepada syarikat insurans yang dipilih oleh pemohon Myeg Proses pertukaran milikan seperti info yang dinyatakan tidak boleh dibuat secara online di portal Myeg kerana ia memerlukan pengesahan MyKad dan cap jari (biometrik) pemohon dan perlu dirujuk di cawangan JPJ yang terdekat Pertukaran milikan bagi pemilik yang telah meninggal dunia tidak termasuk di bawah Tukar Milik Sukarela dan ia memerlukan semakan dokumen sokongan / sampingan oleh pihak JPJ Sekiranya pautan borang berkenaan tidak boleh dicapai / diakses ia mungkin disebabkan Portal Rasmi Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) mengalami masalah atau borang tersebut tidak boleh digunapakai lagi Maklumat, borang dan prosedur pertukaran nama hakmilik bagi kenderaan kematian pemilik asal adalah tertakluk kepada perubahan atau pindaan semasa oleh pihak JPJ. Sehubungan dengan itu bagi mendapatkan keterangan serta maklumat terkini mengenai perkara ini pemohon perlu merujuk ke cawangan Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) yang berdekatan bagi melancarkan proses urusan pertukaran hak milik berkenaan Maklumat yang dinyatakan adalah khusus untuk kenderaan milik sepenuhnya kepada pemilik yang meninggal dunia dan kenderaan tersebut tidak terikat dengan sebarang baki pinjaman mana-mana institusi kewangan atau perbankan. Jika sebaliknya sila rujuk dengan pihak JPJ bagi mendapatkan keterangan lanjut

Pautan Sumber: mysumber.com

Isnin, 11 April 2016

Gearbox

Tanda-Tanda Awal Gearbox Kenderaan Mahu Rosak Masalah gearbox ini amat kerap berlaku dan paling menyusahkan bila gear jadi tidak terkawal bilamana sering saja bertukar dengan sendiri.Ini bukan saja terjadi kepada kereta auto malah ia juga kerap berlaku pada kereta gear manual. Masalah pertukaran gear yang tidak menentu dan biasa berlaku adalah dari gear 5 ke 4 dan dari 3 ke 2 untuk gear manual dan banyak berlaku dari 4 ke 3 untuk gear auto. Masalah demikian biasa dirujuk sebagai slip gear dan ini sebenarnya adalah masalah yang disebabkan oleh faktor-faktor penyelenggaraan kereta yang tidak teratur oleh pengguna seperti:- Lambat menukar minyak gear Tidak pernah tukar filter auto Tidak pernah melihat/memeriksa paras minyak gear Membiarkan mounting gearbox pecah tidak ditukar Mengabaikan kebocoran minyak gear dari seal gearbox Tidak pernah menambah minyak gear Faktor-faktor begini adalah sebab utama mengapa slip transmisi mudah berlaku lebih-lebih lagi untuk kereta auto.Keadaan begini juga biasa terdapat tanda-tanda awal slip transmisi akan berlaku.Tanda-tanda seperti:- Gear susah masuk (biasanya untuk gear manual) Pada awal transmisi untuk auto terdapat sentakan yang agak kuat (contoh dari N ke D atau dari P ke D) Terdapat ‘freeplay’ (ruang pertukaran gear ) yang agak lama samada dari 1 ke 2,2 ke 3 dan 3 ke 4 Kereta berbunyi kuat setiap kali pertukaran gear auto berlaku Rpm yang jadi tinggi tidak kembali asal setelah gear auto bertukar Berbunyi hentakan seperti ‘DUK’ setiap kali gear auto bertukar Gear yang bertukar pada keadaan N atau D pada panel meter. Tanda-tanda seperti di atas adalah tanda-tanda awal slip transmisi (auto slip transmission ) akan berlaku dan jika keadaan ini dibiarkan ia akan ketahap maksima dimana pengguna terpaksa menukar keseluruhan kotak gear yang memungkinkan penambahan kos yang lebih tinggi. Bagaimana ia boleh dibaiki dengan cepat dengan menggunakan kos yang rendah?Cara yang murah tetapi berkesan selain daripada menukar gearbox untuk kereta auto apabila berlaku tanda-tanda sedemikian adalah dengan membuat keseluruhan penyelenggaraan seperti berikut :- Bersihkan ruang auto filter dan tukar auto filter Tukar minyak auto Tukar mounting gearbox Tukar pin pada panel gear Tukar kedua-dua oil seal gearbox Untuk pengguna gear manual cara yang paling mudah adalah dengan menukar minyak gear seterusnya mounting dan kabel gear.Ada juga yang biasa berlaku air masuk ke ruang gearbox dan membentuk kotoran seterusnya menjadikan gear bertukar dan menggerakan tombol gear ke FREE. Masalah begini hanya dapat dikawal dengan membuang semua minyak gear dan memasukan minyak gear semula dan dibuangkan.oil seal gearbox juga wajib ditukar dan speedometer harus diperiksa untuk memastikan air tidak berjaya menembusi speedometer ketika mencuci enjin atau melanggar becak yang besar. Minyak pelincir kotak gear gred EP90 EP90 adalah minyak gear yang paling sesuai untuk gear manual dan EP120 untuk auto tramnsmisi. Manakala, untuk kereta lama EP140 adalah minyak gear yang biasa digunakan. Mileage yang amat sesuai unytuk menukar minyak gear auto dan manual adalah setiap 40000 kilometer ataupun setiap dua kali servis untuk minyak enjin 10000 kilometer.Untuk menukar minyak auto pada 40000 kilometer penggunaan adalah WAJIB untuk mengelakan keadaan slip transmisi berlaku. -tranungkite- at 4/11/2016 03:30:00 PTG 

Copy the BEST Traders and Make Money : http://ow.ly/KNICZ