Rabu, 24 September 2014
Jumaat, 19 September 2014
Posted: 17 Sep 2014 11:00 PM PDT
Enjin-enjin moden terutamanya enjin petrol telah menggunakan sistem unit komputer elektronik yang bertindak sebagai otak untuk sesebuah kenderaan tersebut. Bila kita sebut tentang sistem unit komputer elektronik ini, ia sebenarnya telah lama wujud dalam industri otomotif seawal 20 tahun yang lepas. Tetapi, sejajar dengan teknologi yang semakin hebat, penggunaan sistem elektronik juga semakin meluas bagi setiap pengeluaran kenderaan.
Kebolehan sesebuah enjin untuk berfungsi sebaiknya amatlah bergantung kepada tahap kesihatan mekanikal dan elektrikalnya. Selalunya kita bincangkan tentang kepentingan kesihatan sesebuah enjin berdasarkan ciri-ciri mekanikalnya dari segi penjagaan rapi enjin semata-mata. Tetapi, kita terlupa bahawa wujudnya sistem elektrikal yang mengawal perkara paling penting bagi enjin tersebut iaitu sistem suntikan bahan api dan juga pembacaan sensor yang terdapat dalam sistem kereta tersebut.
Seperti yang kita semua tahu, keupayaan sesebuah bahagian elektrikal juga akan merosot ditelan zaman. Contoh paling mudah yang kita dapat bayangkan ialah keupayaan wayar dan juga kapasitor bagi sistem unit komputer elektronik dan juga wayar-wayar yang menyambungkan kesemua sensor ke unit komputer elektronik untuk bacaan sensor tersebut.
Di bawah ini sedikit sebanyak info tentang “ripple effect” terhadap aplikasi elektrikal:-
Jika bahagian elektrikal itu kehilangan keupayaannya, secara teorinya, pembekalan elektrik kepada sensor dan juga unit komputer elektronik ini akan mengalami masalah “ripple effect” di mana secara langsungnya akan memberi efek terhadap pembacaan sensor-sensor sesebuah kereta. Jika sensor itu memberi bacaan yang salah, sudah pasti unit komputer elektroniknya tidak dapat membaca dengan tepat lalu memberi info yang salah bagi sistem suntikan bahan apinya. Hal ini secara langsungnya boleh menyebabkan sesebuah enjin itu mengalami pembaziran minyak dan juga bekerja keras lalu menghasilkan output yang tidak optimum.
Gambar di atas ini boleh dijadikan rujukan sebagai “ripple effect”. Perkara ini hanya dapat dilihat jika kita menggunakan osiloskop untuk melihat sistem penghataran elektrik. Salah satu cara untuk mengatasi masalah ini yang diperkenalkan dalam dunia otomotif ialah penggunaan “grounding cable”. Tetapi, sejauh mana kebenaran dalam penggunaan “grounding cable” untuk membantu sistem elektrikal sesebuah kenderaan itu? Ada juga yang mengatakan benda ini dapat membantu mengembalikan prestasi enjin, meningkatkan penjimatan minyak; dan juga membantu sistem bunyi menjadi lebih sedap.
Admin tidak mempunyai pengalaman dalam penggunaan “grounding cable” ini, tetapi pernah juga terdengar dari mekanik yang mengatakan sesetengah kereta lama sampai tahap tidak boleh menghidupkan enjin kerana sistem pembumian elektrik yang lemah. Pelik? Inilah kenyataan. Mungkin lebih baik jika kita dengarkan pendapat pakar-pakar di luar sana dan juga pengguna yang pernah mencuba produk ini? Jom bincangkan !
Sumber // Wiki, Google, dan pengalaman !menerusi www.arenakereta.com
|
Selasa, 2 September 2014
Tips Membeli Spare Part Kenderaan
Posted: 31 Aug 2014 12:30 AM PDT
Untuk pengetahuan semua, sekarang ni di pasaran terdapat sekurang-kurangnya lima grade spare part.
1. Spare part original daripada negara pengeluar seperti Jepun dan UK. Biasanya harganya sangat mahal dan hanya boleh didapati daripada pengedar yang sah. Barangan ini sangat berkualiti dan terjamin ketahanannya. Biasanya penjual akan memberi jaminan terhadap barangan ini.
2. Spare part original tetapi dibuat di Malaysia dibawah lesen pengeluar. Harganya murah sedikit berbanding dengan barangan ‘1′ di atas. Kualiti terjamin dan biasanya diberi jaminan oleh penjual.
3. Spare part tiruan yang dibuat di Malaysia atau di negara lain yang mana harganya sangat murah tetapi kualiti dan ketahanan barang tidak dapat ditentukan.
4. Spare part recon. yang di recon di Malaysia. Barangan ini sangat merbahaya kerana ia boleh menyebabkan kerosakan yang teruk kepada injin kereta sekiranya kita menggunakannya. Harganya seperti barangan ‘2′ di atas dan perbezaan barangan sangat sukar dilihat.
5. Spare part secondhand (kedai potong). Barangan ini boleh dikatakan
100% original tetapi terpakai. Harganya boleh dikatakan separuh daripada harga barangan ‘1′. Kualiti bergantung kepada jenis barangan dan kenderaan. Biasanya penjual akan memberikan jaminan yang terhad untuk barangan ini.
Bagaimana nak mengenali barangan ini kesemua barangan ini. Kami akan menerangkan tentang perbezaan barangan 1, 3 dan 4.
Kita ambil contoh, Timing belt. Timing belt original (1) jika kita pegang, kelembutan getah beltnya dapat kita rasa, kekemasan barangan dapat kita lihat dari segi cetakan nombor part dan satu cara untuk mengujinya, gunakan kuku tangan kita dan cuba kikis cetakan nombor part pada belt. Kalau boleh keluar cetakan nombor itu maka ia adalah barang ‘3′. Tapi kalau kuku kita yang nak tertanggal, ia barangan ‘1′ atau ‘2′. Selepas menggunakan barangan ‘3′ selama 3 bulan atau lebih, biasanya kita akan mendengar bunyi seperti belt longgar dan biasanya mekanik akan cuba untuk adjust. untuk timing belt belum pernah pihak kami jumpa barangan ‘4′.
Berhati-hati dengan penjualan minyak injin murah kerana minyak itu biasanya adalah minyak recycle atau recon. Bukan minyak saja, plag, absorber, klutch plate, brake pad, oil filter, air filter. Minyak injin biasanya akan melekit bergantung kepada kadar kelikatannya tetapi minyak recon kalau kita rasa kita akan dapati ianya kurang melekit dan berbau seperti benda terbakar.
Untuk absorber, cuba perhatikan dibahagian steel berkilat yang masuk ke dalam absorber. Kalau absorber dah rosak atau oil sealnya dah bocor, minyak akan keluar melalui 4 lubang di sekeliling batang absorber tersebut. Tapi absorber recon, lubang tu dah di tutup oleh skru atau bebenang untuk kegunaan skru seperti absorber adjustable. Klutch plate pula kia dapat lihat perbezaan warna dan keusangan di antara pepaku atau rebet yang digunakan untuk melekatkan pad klutch dengan pepaku/rebet asal. Plag tidak dapat dikesan perbezaannya tetapi selepas menggunakannya pasti kita akan tahu kerana plag recon, jangkahayatnya tidak lama.
Disini tidak dapat diterangkan dengan lebih lanjut kerana perbezaan antara barangan 1, 2, 3 dan 4 cuma boleh dilihat sekiranya terdapat dua barangan yang sama jenis tetapi berlainan kategori.
Akhirnya, pastikan sebelum membeli spare part, tanya penjual samada barangan yang hendak dibeli adalah barangan 1, 2, 3 atau 4. Dicadangankan beli barangan 1 atau 2 walaupun harganya mahal sedikit tetapi ianya dapat menjimatkan kita dalam jangka panjang.
http://scaniaz.blogspot.com/
Langgan:
Catatan (Atom)