Ahad, 4 Oktober 2015

minyak hitam

Apabila kita bercakap pasal "w", ia berkaitan dengan SAE juga berkaitan dengan topik kelikatan minyak hitam/pelincir itu sendiri.

Tapi apabila kita mencari kesesuaian ia berkait rapat dengan banyak faktor yang pelbagai. Contohnya kita memperbandingkan minyak antara kelikatan 10w-40 dengan 15w-50. Mengikut kenderaan tertentu mana yang lebih sesuai.

Contoh:
10w-40 & 15w-50

10w-40
• Enjin baru
• Enjin kecil/compact
• Ber-cc rendah
• Pemanduan jarak dekat

*Ada kalanya kenderaan enjin lama boleh menggunakan minyak pelincir dengan kelikatan ini apabila saluran di dalam enjin yang mengecil disebabkan sludge yang tebal. Tetapi jika minyak itu bersifat membersihkan enjin ada risiko apabila terdapat leaking di bawah sludge.

15w-50
• Enjin ber-cc besar
• Enjin lama yang berisiko untuk leaking
• Pemanduan ekstrem / Heavy-duty
- Pemanduan jarak jauh
- Memandu dengan RPM tinggi
- Pemanduan berbukit
- Penukaran gear yang kerap
- Pemanduan ketika bercuaca panas

*Ada kalanya kenderaan enjin ber-cc kecil perlu menggunakan minyak berkelikatan ini jika dipandu dalam keadaan ekstrem.

(Maklumat tambahan.)
# Pelincir SAE 15W-50?

Kenderaan recond pula perlu dipastikan terlebih dahulu keadaan enjin. Kurangkan risiko dengan minyak yang heavy-duty atau yang lebih likat.

Enjin baru ber-cc besar boleh menggunakan minyak berkelikatan rendah. Tetapi pemandu perlu lebih berhati-hati untuk tidak memilih minyak berkelikatan yang terlalu rendah, jika tidak risiko untuk minyak hilang tetap boleh berlaku ketika kenderaan dibawa pada RPM tinggi dan enjin bersuhu tinggi dari biasa.

Spesifikasi lain minyak juga perlu diambil berat seperti API dan lain-lain untuk melihat kepada kesesuaian.

(Maklumat tambahan.)
# Apabila minyak pelincir kurang atau terlalu likat

Tiada ulasan:

Catat Ulasan