Sabtu, 5 Mac 2016

jaga tayar kereta

8 petua jaga tayar kereta

Sila baca dan ambil perhatian terhadap 8 perkara berikut demi keselamatan kita semua:

  1. Pastikan tayar yang dibeli mempunyai tanda MS atau DOT atau E. Anda boleh lihat semua tanda tersebut pada bahagian tepi atas tayar yang anda beli.
  2. Jangan beli tayar terpakai yang telah melepasi tanda paras amaran botak dan jangan beli tayar toreh atau tayar korek.
  3. Tukar tayar kereta anda apabila bunga tayar menyentuh tanda amaran botak (Tread Wear Indicator).
  4. Periksa tayar anda setiap kali sebelum memulakan perjalanan. Periksa tekanan angin setiap seminggu sekali.
  5. Lakukan penjajaran dan pengimbangan tayar setiap 10 ribu km perjalanan. Lakukan dengan segera jika ada masalah stereng bergegar atau kereta suka pusing pergi satu arah samada kiri atau kanan.
  6. Lakukan putaran roda setiap kali mencapai 10 ribu km perjalanan atau mengikut buku panduan pengeluar kenderaan anda.
  7. Jangan bawa lebih muatan melebihi kemampuan tayar. Perlu ada Carta Indeks Had Muatan.
  8. Sila hubungi kedai tayar yang bertauliah untuk pemeriksaan dan maklumat lanjut. Kalau tak tahu tanyalah pada orang yang lebih tahu.
Bila anda semka tayar, dan mendapati adanya kesan rekahan atau tanda haus tidak sekata, ataupun terdapat benjolan pada permukaan bunga tayar atau pada dinding, segera tukar atau ganti saja tayar tersebut.

Kenali kemampuan tayar anda

Jika dilihat pada tayar, kita boleh lihat adanya bacaan seperti dibawah pada bahagian tepi atas tayar anda

205 / 65 R 15 92 H

  • 205 adalah saiz kelebaran tayar dalam mm
  • 65 adalah profil tayar
  • R menunjukkan tayar jenis binaan Radial
  • 15 merupakan saiz Rim dalam ukuran inci
  • 92 merupakan ukuran Indeks Had Muatan tayar.
  • H pula merupakan simbol kelajuan maksima yang tayar tersebut boleh pergi.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan